11lado_BHfield_image_listing_featured.var_1570750769.jpg

Belanda bangkit benam Ireland Utara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ROTTERDAM: Memphis Depay menyumbat dua gol dan Luuk de Jong turut mencetak nama selaku penjaring ketika Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Ireland Utara 3-1 dalam kempen kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Belanda yang beraksi di gelanggang sendiri tampak seperti akan mengharungi kekalahan pertama di Stadium De Kuip selepas pelawat mendahului menerusi jaringan Josh Magennis pada minit ke-75.

Begitupun, gelanggang kelab Feyenoord itu terus menjadi kubu ampuh tuan rumah untuk merekod kemenangan ke-17 berturut-turut Bila skuad kendalian Ronald Koeman bangkit 10 minit sebelum permainan berakhir bermula dengan jaringan Depay.

Ia diikuti dua lagi gol pada masa kecederaan yang meletakkan Belanda di puncak Kumpulan C di depan Jerman dan Ireland Utara dengan kesemuanya mengumpul 12 mata.

MEMPHIS Depay ketika meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Ireland Utara. – Foto AFP

Begitupun, Ireland Utara sudah mengharungi lebih satu perlawanan.

“Reaksi kami menakjubkan,” kata kapten Belanda, Virgil van Dijk. “Kami sabar, kami berterusan memburu gol dan usaha kami dibalas dengan persembahan kami pada babak kedua di mana kami sentiasa memberi tekanan.

“Pada akhirnya ia kemenangan yang adil dengan reaksi yang mengagumkan.”

Belanda selepas ini akan mengunjungi Windsor Park untuk sekali lagi berjumpa Ireland Utara pada November ini. – Reuters

 

 

Belanda bangkit benam Ireland Utara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *