12eden.transformed.jpg

Belgium mudah atasi Costa Rica

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BRUSSELS: Dua jaringan Romelu Lukaku dan persembahan hebat Eden Hazard menyaksikan Belgium menewaskan Costa Rica 4-1 di Brussels pada saingan pemanas badan terakhir Piala Dunia mereka, sebentar tadi.

Bagaimanapun penyokong Belgium perlu memandang dengan rasa bimbang ketika Hazard yang menampilkan persembahan terbaik sejak kebelakangan ini, dikeluarkan pada minit ke-70.

Rakan sepasukannya bagaimanapun menolak dakwaan sebarang kebimbangan mengenai kecederaan yang menimpa penyerang Chelsea itu.

“Saya Tak terlalu bimbang mengenai Eden, dia pemain yang lasak. Dia sentiasa ditendang, namun dia cepat mengatasinya,” kata Lukaku selepas perlawanan.

DARI kiri; Bryan Oviedo dari Costa Rica, Eden Hazard dari Belgium dan Cristian Gamboa dari Costa Rica dalam aksi perlawanan persahabatan antara Belgium dan Costa Rica di stadium King Baudouin di Brussels, Belgium. – Foto EPA-EFE

Skuad kendalian jurulatih Roberto Martinez yang memiliki ramai pemain berbakat nyata terlalu kuat buat Costa Rica, yang mendahului menerusi Brian Ruiz selepas tekanan awal pasukan pelawat itu.

Namun pasukan yang mengatasi Mesir 3-0 minggu lalu itu yang memiliki pemain kelas dunia, Hazard mendahului 2-1 selepas berakhir babak pertama menerusi Dries Mertens dan Lukaku.

Penyerang Manchester United itu meldak gol kedua dengan tandukan kencang menerusi larian pantas ke dalam kotak penalti.

Dia kemudian bergandingan dengan rakan penyerang, Michy Batshuayi untuk gol keempat. – AFP

 

 

Belgium mudah atasi Costa Rica

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *