11belo_BHfield_image_listing_featured.var_1570750188.jpg

Belgium sah tiket ke Euro 2020

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BRUSSELS: Belgium muncul pasukan pertama layak ke Euro 2020 susulan kemenangan besar 9-0 ke atas San Marino dengan penyerang Romelu Lukaku turut menyumbang dua gol, awal pagi tadi.

Gol itu menyaksikan rekod jaringan Lukaku bersama Belgium kini melepasi angka 50 dengan skuad kendalian Roberto Martinez mengungguli carta Kumpulan 1 dengan kelebihan 11 mata di depan pasukan tangga ketiga, Cyprus berbaki tiga aksi.

“Pendekatan kami (untuk perlawanan berikutnya) tetap sama, kami mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard kami,” kata Martinez. “Langkah berikutnya Adalah menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama.”

Selepas mengharungi tujuh kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan, Belgium yang menghuni ranking nombor satu dunia mengesahkan tempat ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung di 12 venue sekitar Eropah.

ROMELU Lukaku ketika meraikan jaringan gol. – Foto Reuters

Russia berada di laluan tepat meraih satu lagi tiket automatik selaku pasukan tangga kedua peringkat kumpulan selepas turut melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Scotland.

Kemaraan itu menyaksikan Belgium diletakkan sebagai pasukan pilihan di Euro 2020 dengan sasaran untuk menjulang trofi utama pertama negara itu ketika saingan membuka tirainya pada 12 Jun.

“Berdasarkan pemerhatian saya, sembilan negara mempunyai bakat untuk memenangi Euro,” kata Martinez. “Apa yang menjadi perbezaan Adalah bagaimana kamu berdepan dengan kesukaran. Satu keperluan untuk mengorbankan diri kamu untuk rakan sepasukan kamu.”

Kemenangan di Stadium King Badouin menyamai rekod kemenangan terbesar Belgium dengan margin sembilan gol selepas pernah menewaskan Zambia pada 1994 dan Gibraltar  pada 2017 dengan jumlah jaringan yang sama. – AFP

Belgium sah tiket ke Euro 2020

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *