08Mey2.transformed.jpg

Belgium singkir Brazil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KAZAN, Russia: Belgium mengejutkan juara dunia lima kali, Brazil dengan kemenangan 2-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia, di Arena Kazan, di sini sebentar tadi.

Belgium mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri Fernandinho pada minit ke-13 dan rembatan padu Kevin de Bruyne pada minit ke-31. 

Gol tunggal Brazil hadir pada minit ke-76 menerusi tandukan pemain gantian, Renato Augusto. 

Kekalahan kali ini bagaimanapun jauh lebih baik daripada insiden memalukan di Belo Horizonte empat tahun lalu di mana Brazil dibelasah 7-1 oleh Jerman di peringkat separuh akhir.

Skuad kendalian Tite hampir mengheret permainan ke masa tembahan tetapi percubaan Neymar ditepis keluar oleh penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois yang beraksi cemerlang menafikan deretan percubaan Brazil. 

Lawan separuh akhir Belgium di St Petersburg Selasa ini Adalah Perancis, yang menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi pertama suku akhir sebelum itu. – AFP  

NEYMAR kecewa selepas Brazil gagal mara ke separuh akhir selepas Meninggal Dunia kepada Belgium di Arena Kazan, sebentar tadi. – Foto Reuters

NEYMAR (kiri) ditenangkan kapten Belgium Vincent Kompany selepas Brazil tersingkir pada aksi suku akhir di Arena Kazan, sebentar tadi. – Foto AFP

Belgium singkir Brazil

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *