jalal2.jpg

'Belum nak nikah lagi'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON popular Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menafikan dia akan melangsungkan pernikahan pada 25 November ini.

Jalaluddin ketika dihubungi berkata, berita itu Tak benar dan beliau belum lagi memutuskan tarikh pernikahannya.

“Saya akan berbincang dengan keluarga saya dan keluarga Akan isteri. Jika sudah ada tarikh, saya akan beritahu pada media dan menjemput anda semua datang ke majlis saya nanti,” katanya.

Menurut sumber, Jalaluddin dikatakan akan menamatkan zaman dudanya pada 25 November ini.

Jalaludin berkata, jika ikutkan hatinya beliau mahu mengadakan majlis pernikahan itu pada 25 Disember iaitu tarikh sama dia bernikah dengan arwah isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan.

“Tarikh itu terlalu istimewa buat saya, tetapi ramai yang menasihatkan saya jangan buat (menikah) pada tarikh sama.

“Ada baiknya juga pandangan mereka itu, jadi saya akan cari tarikh lain,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Jalaluddin mengakui beliau kini sedang berkawan dengan seseorang yang dikenali dengan nama YR.

Beliau mengenali ibu tunggal anak empat yang berasal dari Serkam, Melaka itu melalui Facebook, tetapi kali pertama menegurnya untuk mengucapkan selamat berpuasa pada Ramadan lalu.

“Saya dapati ciri-ciri arwah isteri ada padanya. Selepas bernikah nanti saya mahu dia tinggal di kediaman saya sekarang. Saya Tak boleh berpisah dengan anak dan cucu. Saya mahu suasana seperti dulu di mana sentiasa ada majlis keramaian di rumah dan kaum keluarga selalu berkumpul,” katanya.

'Belum nak nikah lagi'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *