bhtetak21-o_BHfield_image_listing_featured.var_1590077714.jpg

Berebut harta, suami isteri dilanggar, ditetak

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut dilanggar dan ditetak oleh seorang Pakar keluarga dipercayai kerana berebut harta pusaka di Kampung Chuang Rasa, Rasa, Selangor, semalam.

Dalam kejadian jam 7.56 pagi itu, mangsa berusia 65 dan 56 tahun ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang awam di hadapan Kuil Gudwara Sahib.

Seorang saksi memandang kedua-dua mangsa yang sedang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam sebelum pemandu kereta keluar menetak warga emas itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata kejadian itu turut dilihat beberapa saksi yang kemudiannya membantu mangsa.

“Hasil siasatan awal juga turut mendapati suspek Adalah seorang lelaki yang juga adik kandung mangsa.

“Senjata yang digunakan dalam kes itu Adalah sebilah parang yang ditemui di tepi jalan simpang tiga di Pekan Rasa berdekatan dengan perhentian bas. Pihak polis juga menemui tiga kesan cap jari pada permukaan parang itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Senjata yang digunakan suspek. - Foto PDRM
Senjata yang digunakan suspek. – Foto PDRM

Lokasi mangsa pasangan suami isteri warga emas yang dilanggar dan ditetak. - Foto PDRM
Lokasi mangsa pasangan suami isteri warga emas yang dilanggar dan ditetak. – Foto PDRM

Mengulas lanjut, Arsad berkata, beberapa jam kemudian, polis mendapat maklumat mengenai penemuan sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam sebuah lombong di Antara Gapi.

“Polis yang dimaklumkan orang awam ke lokasi kejadian dan menemui sebuah kenderaan yang separuh bahagian ditenggelami air dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

“Berhampiran kenderaan itu, turut ditemui jasad seorang lelaki yang terapung dan hasil siasatan lanjut, polis mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kes tetak pasangan suami isteri berkenaan,” katanya.

Hasil pemeriksaan pada fizikal lelaki itu juga mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah dikesan.

“Motif kejadian tetak dikenal pasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Suami isteri itu juga masih berada di Hospital Selayang dan berada dalam keadaan yang stabil,” katanya yang meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan polis.

Berebut harta, suami isteri dilanggar, ditetak

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail