capture-20180718-105446.png

Berkat Kesabaran Zarina Akhirnya Rasa Simpati Suami Bertukar Cinta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Meraikan genap 25 tahun usia perkahwinannya pada 13 Julai lalu, pelakon Zarina Zainuddin menerusi Instagramnya berkongsi mengenai rumah tangga yang dibina bersama dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua.

Zarina yang kini bahagia bermadu berkata, selepas tiga bulan berkahwin suaminya memberitahu perkahwinan itu dibina atas dasar simpati dan suaminya lebih mementingkan isteri pertama.

“Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya; abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia,” tulisnya di Instagram.

Tambah Zarina lagi, Raihan memberitahu tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina namun dia memintanya bersabar.

Bagaimanapun pada akhirnya pesanan itu membuahkan hasil dan mereka masih bersama sebagai suami-isteri.

“Saya masih ingat lagi kata suami saya, ‘abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

“Terima kasih abang… Sabar itu separuh daripada iman,” katanya.

Zarina berharap perkongsiannya itu dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua dalam memahami erti sebenar cinta.

“Anda boleh dapat cinta tetapi anda Tak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah,” ujarnya lagi.

..

Hasil perkahwinan dengan Raihan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Berkat Kesabaran Zarina Akhirnya Rasa Simpati Suami Bertukar Cinta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *