sunatonline_BHfield_image_listing_featured.var_1575979615.jpg

Berkhatan dengan stapler lebih mudah, selamat dan cepat sembuh

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Menghilangkan rasa gementar dalam kalangan kanak-kanak ketika menjalani prosedur berkhatan, dunia perubatan memperkenalkan peranti stapler menggantikan kaedah potong biasa, yang lebih mudah, selamat dan cepat pulih.

Peranti stapler atau nama saintifiknya disposable circumcision anastomat stapler ZSR, praktikal dan kerap diguna pakai oleh pengamal perubatan di klinik dan hospital.

Lebih penting, peranti berkenaan memperoleh Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2017 di bawah Akta Peranti 2012. Kebanyakan ibu bapa memilih kaedah ini, disebabkan kaedah ini lebih bersih.

PELBAGAI saiz peranti berkhatan stapler atau disposable circumcision anastomat yang disesuaikan dengan ukur lilit kepala zakar atau glans penis. – Foto Rosdan Wahid

Jurulatih khatan kaedah stapler, Dr Abdol Rashid Masron, berkata kaedah bersunat Tips ini menampilkan hasil khatan yang kemas, bersih dan kesan parut minimum atau hampir tiada.

Beliau berkata, proses bersunat kaedah stapler sesuai digunakan untuk semua kategori umur iaitu bayi seawal usia tiga hari hinggalah dewasa dan mempunyai pelbagai saiz.

“Antara kelebihan lain, prosedur ini sesuai bagi pesakit berisiko lambat sembuh luka, contohnya penghidap kencing manis kerana prosesnya tiada kesan jahitan mahupun pendarahan.

DR Abdol Rashid bersama sijil pengiktirafan kepada Klinik Sejahtera yang diperakui atau diberi kebenaran melakukan khatan kaedah stapler. – Foto Rosdan Wahid

“Peranti direka berdasarkan konsep seperti stapler digunakan dalam pembedahan lain sebagai ganti teknik jahitan biasa. Teknik stapler sudah lama digunakan dalam bidang perubatan yang terbukti berkesan dan menjadi pilihan dalam kalangan doktor bedah seluruh dunia.

“Kaedah bersunat ini juga menggunakan peralatan pakai buang, bermakna satu peranti digunakan sekali sahaja. Ini sangat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman.

“Peranti dihasilkan daripada kombinasi pengalaman klinikal doktor perubatan dengan rekaan ringkas membolehkan proses berkhatan lebih selamat dan mudah dikendalikan,” katanya.

ALAT kelamin lelaki atau kepala zakar yang akan dikhatankan dimasukkan ke dalam corong atau lubang stapler, prosesnya selama 15 minit sahaja. – Foto Rosdan Wahid

FAKTA NOMBOR

——————-

* 30 buah

pusat berkhatan ZSR Circumcision Centre

seluruh negara.

* 10 Sampai 15 minit

proses keseluruhan berkhatan

kaedah stapler

* RM450 (promosi cuti sekolah)

sekali sesi berkhatan kaedah stapler

* 3 hari

usia bayi atau kanak-kanak

boleh berkhatan kaedah stapler

Berkhatan dengan stapler lebih mudah, selamat dan cepat sembuh

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail