bhokub22-o_BHfield_image_listing_featured.var_1540179182.jpg

Berkubang tangkap ikan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Aktiviti ‘berkubang’ atau menangkap ikan selepas musim menuai padi di bendang sawah seolah-olah menjadi satu kemestian dan amat dinantikan oleh penangkap ikan.

Seorang pekerja kilang batu bata, Aznan Abd Hapil, 35, berkata selepas musim menuai padi setiap dua kali setahun, dia Tak pernah melepaskan peluang untuk bersama penduduk kampung menangkap ikan di bendang berhampiran.

Bapa kepada seorang anak ini, berkata ketika musim menuai padi, air di terusan sawah serta parit menjadi cetek dan pelbagai spesis ikan air tawar dan sungai seperti keli, haruan, lampang barau, patin, serta talapia merah mudah diperolehi.

“Untuk menangkap ikan, kebanyakan orang lain menggunakan serkap, tetapi bagi saya menggunakan tangan Adalah lebih mudah dan cepat kerana boleh merasai sendiri Bila ikan mula masuk ke dalam genggaman.

“Hasil yang diperolehi Tak menentu, bergantung kepada nasib. Kadangkala saya pernah mendapat sehingga 12 kilogram (kg) ikan air tawar pelbagai spesis,” katanya ketika ditemui di Ladang Merdeka, Mulong, di sini.

Mohd Aznan berkata, hasil tangkapan yang diperoleh akan dipelihara dulu sebelum dijual kepada penduduk setempat dengan harga RM5 untuk sekilogram ikan.

“Sepanjang pengalaman saya menangkap ikan air tawar di kawasan bendang, pernah sekali saya terkena Dapat ikan keli dan sejak itu sentiasa berhati-hati Bila menangkap ikan menggunakan tangan,” katanya.

ADAM Akmal Azhar berkubang di Ladang Merdeka, Mulong. – Foto Syamsi Suhaimi

Sementara itu, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Adam Akmal Azhar, 12, berkata setiap kali selepas musim menuai, dia akan mengikuti ayahnya, Azhar Mamat, 43, ke bendang untuk menangkap pelbagai spesies ikan.

“Saya dan ayah datang ke bendang ini untuk menangkap ikan sejak tiga hari lalu dan kami menggunakan serkap. Pelbagai spesis ikan yang diperolehi termasuklah haruan dan puyu.

“Pada hari pertama, ia ibarat pesta kerana ramai penduduk kampung dan kanak-kanak berkubang di dalam bendang untuk mencari ikan dan mereka mempunyai Tips tersendiri untuk menangkap ikan menggunakan peralatan yang dibawa,” katanya.

Adam Akmal berkata, selepas selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), dia mengisi masa lapang dengan menangkap ikan yang menjadi hobinya.

“Ikan yang saya tangkap bukan untuk dijual, tetapi dibawa balik ke rumah untuk dimasak oleh ibu dan dimakan bersama keluarga,” katanya.

Berkubang tangkap ikan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *