fizz01_1463015231.jpg

'Berlakon periuk nasi saya'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bidang seni sudah sebati dengan dirinya sejak sedekad lalu. Malah, kata pelakon Fizz Fairuz, ia juga periuk nasinya untuk menyara keluarga sejak dulu.

Justeru, Fizz menafikan dakwaan dia sudah memperlahankan aktiviti seni kerana beralih kepada dunia bisnes ketika ini.

“Saya Tak terfikir pun untuk memperlahankan aktiviti seni ataupun bersara daripada bidang lakonan seperti dakwaan segelintir pihak di luar sana.

“Sebaliknya, saya ingin pastikan bidang lakonan dan bisnes diceburi bergerak seiringan.

Contohnya, saya terbabit dengan penganjuran Karnival Joget Moh Pahang 2016, tetapi ia hanya kerja sampingan.

“Karnival ini juga berlangsung dua kali sebulan dan saya juga mempunyai masa untuk memenuhi undangan berlakon,” katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi filem Mat Tudung ini berkata, sampai masanya dia lebih selektif untuk memilih karakter ditawarkan.

“Bukan tiada tawaran berlakon atau populariti saya sudah merudum, sebaliknya saya yang memilih watak dan naskhah kerana mahukan peningkatan dalam lakonan.

“Bila Tak banyak drama atau filem dilakonkan, ada segelintir pihak Menciptakan tanggapan saya sudah memperlahankan aktiviti lakonan. Hakikatnya, saya masih aktif dalam bidang lakonan sampailah sekarang,” katanya.

Buat masa ini, Fizz terbabit dengan penggambaran telemovie Karya 12: Kulit di bawah arahan Michael Ang.

Selain itu, dia Akan menjalani penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Beralih mengenai rumah tangganya dengan pelakon Almy Nadia pula, kata Fizz, kebahagiaan mereka Akan dilengkapkan lagi dengan kehadiran cahaya mata kedua Tak lama lagi.

“Alhamdulillah, kandungan kedua Almy kini mencecah empat bulan dan dijangka melahirkan bayi kedua kami pada Oktober nanti.

“Kami tiada pembantu rumah dan urusan menjaga anak kami kongsi bersama di rumah. Apapun, saya bersyukur kerana Almy Tak mengalami alahan teruk atau mengidam benda yang pelik sepanjang kehamilan kedua ini,” katanya.

Pasangan ini juga memiliki anak sulung, Nur Afrina Ariana yang berusia setahun tiga bulan.

Fokus pada Karnival Moh Joget Pahang 2016

Sebagai anak kelahiran Pahang, Fizz mengakui dirinya terpanggil untuk menganjurkan Karnival Moh Joget Pahang 2016, sekali gus menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Ia dianjurkan sempena Karnival Kesenian dan Kebudayaan Rakyat Pahang 2016, sekali gus Tahun Melawat Pahang 2017.

“Idea untuk menganjurkan program ini terhasil selepas saya terpanggil melakukan sesuatu untuk memastikan seni warisan Pahang dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

“Saya juga menyimpan projek ini selama empat tahun dan akhirnya kertas cadangan diterima kerajaan negeri dan dapat direalisasikan pada tahun ini,” katanya.

Sebagai selebriti, Fizz berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk memartabatkan kesenian dan budaya warisan Pahang pada tahap yang sepatutnya.

“Sebagai contoh, Tak ramai generasi muda yang tahu mengenai kesenian Lenggang Mak Lenggang yang dianggap sebagai tarian.

“Hakikatnya, ia Adalah kembang silat dalam tarian yang dipersembahkan di hadapan pengantin dalam majlis perkahwinan,” katanya.

Sesi promosi karnival ini juga membabitkan 11 lokasi di seluruh Pahang bermula bulan ini.

'Berlakon periuk nasi saya'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *