LKF_1533722732.jpg

'Berniaga sendiri jika tiada tawaran'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYAMPAI radio, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, 32, menafikan akan berhijrah ke stesen radio lain selepas kontrak kerja bersama stesen Kool FM ditamatkan awal berkuat kuasa hari ini.

Liza dihubungi berkata kontrak dia bersama Kool FM sepatutnya berakhir pada Mac tahun depan tetapi ditamatkan lebih awal.

“Apapun, buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk bekerja semula dalam bidang penyiaran radio. Saya ingin fokus pada perniagaan produk untuk dapatkan berat badan ideal.

“Ditambah, saya pun Tak menerima sebarang tawaran daripada stesen radio lain. Jadi, buat masa ini rasanya saya tutup pintu hati untuk bekerja dalam bidang penyiaran radio,” katanya.

Menurut Liza, apa diharapkan semoga dia mendapat peluang mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan di TV pula.

Ditanya adakah kontrak itu ditamatkan awal kerana dakwaan dia berselisih faham dengan rakan sekerja, Andy Hakim, Liza Tak menafikannya.

“Adatlah, perselisihan faham yang berlaku dengan rakan sekerja. Apapun, perkara sudah berlaku.

“Saya tak mahu ulas mengenainya kerana saya pun tak benci abang Andy. Semuanya sudah berakhir.

“Selepas ini, saya nak buka buku baru dalam kerjaya sebagai pengacara selain uruskan perniagaan. Itu pun kalau ada rezeki dapat mengacara program TV,” katanya.

Liza sudah dua minggu Tak bersiaran di konti Kool FM berkata dia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong.

“Selama lima tahun saya bekerja di konti radio, saya tak sangka ada ramai pendengar yang menyokong saya selama ini.

“Terima kasih pada sokongan anda semua dan ia menjadi pembakar semangat dan kenangan terindah buat saya. Terima kasih semua,” katanya.

Liza berkata hatinya sedih dan pilu Bila membaca setiap ‘DM’ pendengar yang menyokongnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, bakat Liza dalam bidang penyiaran dicungkil menerusi program Projek Metro anjuran bersama Harian Metro dan TV3 pada 2013.

Liza muncul juara program itu dan bermulalah kembara perjalanannya dalam bidang pengacaraan TV dan penyampai radio.

Di TV, Liza pernah mengacarakan program Malaysia Hari Ini (MHI), Singgah Sahur (dua musim) dan CJ Wow Shop.

'Berniaga sendiri jika tiada tawaran'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *