WhatsApp_Image_2017-02-24_at_12.39.41_PM.jpeg.transformed_1.jpg

BH serah sumbangan gazebo kepada SK Jeram

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

pqc

Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro merasmikan program ‘Wakaf BH”di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, sempena sambutan ulang tahun BH ke-60, pagi ini. Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Guru Besar SK Jeram Batu 20, Noraliza Nawam. – Foto Roslin Mat Tahir

KUALA SELANGOR: Akhbar BH memberi sumbangan gazebo kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Batu 20, Jeram, di sini, sempena sambutan ulang tahun BH ke-60 di sini, pagi ini.

Sumbangan menerusi program ‘Wakaf BH’ itu membabitkan tajaan enam gazebo untuk enam sekolah terpilih di Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Nusa Pinang.

Majlis penyerahan gazebo itu dirasmikan oleh Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Guru Besar SK Jeram Batu 20, Noraliza Nawam.

Terdahulu, Mahfar dalam ucapannya, berkata pembinaan gazebo itu Adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat BH.

“Sumbangan gazebo ini diharap akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang teduh, selesa dan kondusif untuk guru dan murid menjalankan aktiviti luar kelas,” katanya.

BH diterbitkan pada 1 Julai 1957 dan sejak awal penerbitannya, BH dikenali sebagai akhbar keluarga dan pendidikan, yang menjadi teras akhbar ini.

SK Jeram Batu 20 yang juga pelanggan sisipan Didik terbitan BH sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, mempunyai 613 murid.

BH serah sumbangan gazebo kepada SK Jeram

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *