01exsl.transformed.jpg

Biarlah saya bersendirian – Ezlynn

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI yang popular dengan Gita Hi Hi Bye Bye, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin ketika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. – Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: ‘Biarlah saya bersendirian’.

Begitulah reaksi penyanyi, Ezlynn ketika diminta mengulas tindakan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin.

Ezylnn yang terkenal dengan Gita Hi Hi Bye Bye memberitahu BH Online, dia tiada mood untuk ditemubual berhubung perkara itu.

“Saya bukan dalam mood untuk berfotografi atau ditemubual sekalipun. Tak ada apa yang nak dikongsipun. Saya harap kamu faham,” katanya.

Penyanyi yang pernah berduet dengan Datuk M Daud Kilau menerusi Gita Pening itu memohon pengertian besar terhadap suratan hidupnya sekarang.

“Saya mahu dibiarkan bersendirian. Kita akan berjumpa juga suatu hari nanti, dalam sebuah acara mungkin… Mesti berjumpa nanti,” katanya.

Semalam, Ezlynn dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan cerai difailkan Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor dalam sebutan kes itu semalam, dilaporkan memerintahkan penyanyi itu bersama suaminya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berikutan Adam Fahmy Tak bersetuju untuk meneruskan perceraian secara baik itu.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif melantik kakak kandungnya, manakala Adam Fahmy, 38, selaku defendan melantik adik kandungnya, masing-masing sebagai wakil JKP.

Ezlynn hadir bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad, manakala suaminya Tak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan kes bagi mendengar laporan JKP.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.

Biarlah saya bersendirian – Ezlynn

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *