image.png

Bila Dah Dapat, Mak Ayah Dah Tak Ada – Fazlina Ahmad Daud

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tahniah Kakigosip ucapkan buat pelakon Fazlina Ahamad Daud kerana telah berjaya membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Cermin Kasih pada malam Anugerah Skrin 2016 yang diadakan pada Jumaat lalu.

Fazlina yang juga Adalah adik kepada pelakon hebat Fauziah Ahmad Daud (Ogy), berkata, sebelum ini dia hanya menyaksikan kemenangan kakaknya sahaja. Tambah sebak lagi, pelakon itu juga percaya arwah ibu dan bapanya pastinya bangga.

“Selama 20 tahun pembabitan saya sebagai anak seni saya hanya berpeluang memandang kakak saya di atas pentas memenangi pelbagai anugerah dari ke satu anugerah, begitulah dia membuatkan kedua ibu bapa kami bangga.

“Sebaliknya bila saya dapat ini, kedua ibu bapa sudah tiada. Tetapi saya tahu mereka pastinya berbangga dengan penganugerahan saya pada malam ini,” katanya sambil menahan sebak.

Jelas Fazlina yang ditemui ketika hadir pada malam Anugerah Skrin 2016, yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre.

Untuk rekod, Ogy turut memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Langit Cinta. Pun begitu Kakigosip difahamkan Ogy Tak dapat menghadirkan diri kerana kurang sihat.

Bila Dah Dapat, Mak Ayah Dah Tak Ada – Fazlina Ahmad Daud

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *