25kuantan.transformed_0.jpg

Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENDUDUK Kampung Sungai Belat Jalan Kuantan Pekan, Razalmah Sulaiman 69 (tengah) keluar dari kawasan rumahnya yang banjir selepas kawasan sekitar dinaiki air berikut hujan lebat sejak tiga hari lalu. – Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri terus meningkat kepada 2,939 mangsa daripada 745 keluarga tengah hari ini berbanding 1,328 orang daripada 351 keluarga pagi tadi.   

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia  (APM) Pahang, Zainal Yusoff, berkata 60 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah iaitu Kuantan, Lipis, Rompin, Jerantut, Raub Maran dan Pekan.   

Beliau berkata, Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 775 orang daripada 203 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan. 

Katanya, daerah Pekan pula membabitkan 452 orang daripada 106 keluarga dengan enam pusat pemindahan dan Maran seramai 599 mangsa dari 169 keluarga di 10 pusat pemindahan.

“Jumlah mangsa di daerah Raub pula membabitkan 295 orang daripada 84 keluarga, Jerantut (436 orang daripada 79 keluarga), Rompin (132 orang daripada 36 keluarga) dan Lipis (250 orang daripada 69 keluarga).

“Sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka di Raub manakala 10 di Jerantut, lapan di Lipis dan tiga di Rompin. Kita harap cuaca panas sejak pagi membolehkan air Berawal Dari surut dan mungkin mangsa banjir boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *