download.jpg.transformed_38.jpg

BIMB catat untung sebelum cukai RM246.2 juta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai 15.8 peratus lebih tinggi kepada RM246.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017, berbanding RM212.5 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu menyatakan pendapatan naik kepada RM919.64 juta daripada RM890.8 juta yang dicatatkan pada tempoh sama pada 2016.

DATUK Seri Zukri Samat

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Zukri Samat, berkata anak syarikat utama, Bank Islam dan Takaful Malaysia, membantu mengekalkan momentum pendapatan pada suku pertama 2017.

“Kami yakin dengan kekal fokus terhadap kekuatan strategik kumpulan dan memanfaatkan momentum positif ini, ia akan memacu kumpulan untuk mencatatkan satu lagi pendapatan tinggi sebagaimana tahun lalu,” katanya.

Bank Islam Group mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM192.1 juta bagi suku pertama 2017, meningkat 9.7 peratus atau RM17.0 juta, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Portfolio pembiayaan bank terus berkembang dengan aset pembiayaan bersih mencatatkan pertumbuhan bagi perbandingan tahun ke tahun pada 12.8 peratus atau RM4.5 bilion sehingga mencecah RM39.8 bilion pada akhir suku tahun kewangan.

Sementara itu, Takaful Malaysia mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM72.6 juta, meningkat 24.7 peratus berbanding RM58.2 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun 2016.

Peningkatan keuntungan berikutan pendapatan daripada fi wakalah bersih yang tinggi.

Pendapatan operasi meningkat 4.2 peratus kepada RM659.8 juta daripada RM633.2 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2016.

“Peningkatan berkenaan disebabkan jualan lebih tinggi yang dijana oleh perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am,” katanya. – BERNAMA

BIMB catat untung sebelum cukai RM246.2 juta

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *