1528416149_image28129.jpg

Black Akan timang cahaya mata kedua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Black Hanifah, 31,  berkongsi berita gembira Akan menimang cahaya mata kedua, Bila isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, kini hamil lima bulan.

Selepas tiga kali keguguran, tentunya kehamilan ini menjadi hadiah yang paling bermakna buat pasangan ini.

Black menerusi laman Instagramnya hari ini turut berkongsi berita tersebut dengan para peminat dan pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

“Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah rezeki, aamiin. Dayyan senyum lebar nak dpt adik??,”  Tulis Black ada fotonya bersama isteri dan anak sulungnya beserta tanda pagar #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan @cirakhairy love u.. #nimemangviral #mummy5monthspregnant.

Menerusi kenyataannya kepada sebuah portal hiburan juga, kata Black, dia memilih untuk berkongsi berita gembira tersebut meskipun trauma dengan pengalaman (keguguran) lalu yang menimpa isterinya.

Perkongsian tersebut hanya dibuat setelah kandungan isterinya mencecah usia lima bulan dan kandungan dalam keadaan yang sihat.

Black dalam masa yang sama turut meminta para peminatnya untuk mendoakan kesejahteraan buat isterinya dan bayi dalam kandungan.

“Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri kerana sudah tiga kali saya bersedih Bila Cira mengalami keguguran. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan,” katanya yang belum dapat memastikan jantina anak kedua yang Akan lahir ini..

Black dan isteri mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan seoarang anak lelaki, Khaleef Dayyan, 3.

Black Akan timang cahaya mata kedua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *