19hasan.transformed_2.jpg

BN negeri sedia umum calon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) negeri bersedia untuk mengumumkan calon di negeri masing-masing bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak memberi kuasa kepada Pengerusi BN negeri mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan DUN negeri masing-masing.

Di Georgetown, Pengerusi BN Nusa Pinang, Teng Chang Yeow, berkata BN negeri itu dijangka mengumumkan calonnya sama ada Isnin atau Selasa depan.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat sejurus senarai calon dikemukakan parti komponen BN dipersetujui Najib.

“Setakat ini, kita masih menunggu beberapa parti komponen untuk memuktamadkan senarai calon masing-masing dan pengumumannya akan dibuat sejurus menerima kebenaran pucuk pimpinan parti,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan geran hak milik tanah Kampung Takau dan Kampung Tampin Linggi di Dewan Orang Ramai Linggi, Port Dickson. – Foto Mohd Khidir Zakaria

Di Seremban, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata calon bagi negeri itu akan diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, sehingga kini belum menerima senarai nama calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36 DUN di negeri ini, daripada pucuk kepemimpinan tertinggi parti.

“Tunggu sehingga saya diberi senarai nama itu dan diamanahkan (oleh pucuk kepemimpinan parti) untuk mengumumkannya. Boleh jadi awal minggu depan,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) bersalaman dengan Kontraktor yang hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah Kali ke-41 di The Jerai Hotel. – Foto Sharul Hafiz Zam

Di Alor Setar, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata BN negeri akan mendapatkan arahan lanjut daripada kepemimpinan pusat sebelum menetapkan tarikh mengumumkan 51 calonnya.

Katanya, majlis pengumuman itu hanya akan ditetapkan selepas ibu pejabat BN mengeluarkan surat watikah untuk semua calon parti itu.

“Kita menunggu Datuk Seri Najib memuktamadkan senarai penuh dan arahan selanjutnya dari ibu pejabat, sebab sekarang ini senarai penuh masih belum selesai (dimuktamadkan),” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pengumuman calon BN oleh pengerusi negeri bukan perkara baru kerana pada pilihan raya umum sebelum ini beliau sendiri mengumumkannya atas kapasiti Pengerusi BN Kedah.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Perasmian Jalan Empat Lorong Dari Bulatan E-Mart Matang Ke Stapok, Batu Kawa, Kuching dan Jambatan Baru Merentasi Sungai Sarawak di Perkarangan Metrocity (Berhadapan Taman Sri Perkasa), Matang Kuching. – Foto Jannah Kho

Di Kuching, Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pihaknya akan berbincang dengan Ahmad Zahid dahulu sebelum menetapkan tarikh pengumuman calon.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata BN negeri itu masih menunggu arahan, sebelum menetapkan tarikh pengumuman calon.

“Saya berpandangan kita ikut kaedah tradisi dan konvensional yang mempunyai elemen keberkesanan dan kecekapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron pada sidang media Program Ziarah Kasih DUN Sungai Udang. – Foto Khairunisah Lokman

“Apa yang saya boleh katakan bagi Melaka, kita tunggu arahan, sebaik dapat tarikh itu saya akan maklumkan kepada pemberita,” katanya.

Di Kuantan, sumber berkata, senarai calon BN Pahang dijangka diumumkan minggu depan.

Sumber UMNO negeri berkata, pengumuman calon akan dibuat Pengerusi BN Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada minggu depan.

“Tak pada minggu ini… tiada jadual berkenaan majlis pengumuman calon BN… berkemungkinan besar Manifesto BN Pahang juga akan dilancarkan pada hari sama,” katanya ketika dihubungi.

BN negeri sedia umum calon

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *