fitinahah2.transformed.jpg

BN Perak Nafi calon PRK K Kangsar terima derma RM500,000

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) Perak mendedahkan tindakan pihak tertentu memfitnah calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid, kononnya beliau menerima RM500,000 bagi pihak suaminya berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Pihak yang berbuat demikian dikatakan sengaja memanipulasi salinan resit firma guaman calon BN itu, kononnya sebagai derma bagi pihak suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ia Adalah usaha terakhir pembangkang yang terdesak mahu meraih undi di Kuala Kangsar sehingga sanggup memalsukan resit berkenaan untuk menjatuhkan lawan.

“Ia juga langkah yang sangat kotor dan saya sudah mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dilakukan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan BN di sini, sebentar tadi.

Zambry berkata, tindakan pihak terbabit Adalah perbuatan Rekaan yang cuba memburuk-burukkan Mastura menjelang hari pengundian esok.

“Kita berharap pengundi Tak termakan dengan permainan yang dilakukan ini. Sebab itu saya memanggil sidang media ini untuk menjelaskan perkara ini.

“Sepatutnya kalau kita nak berpolitik, berpolitiklah secara ‘gentleman’ (budiman) dan janganlah menggunakan taktik sekotor ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Slip berkenaan tertera bayaran sebanyak RM500,000 atas nama Datin Mastura dan menjadi viral hari ini.

Bagaimanapun, Zambry berkat, pihak terbabit lupa untuk mengubah suai tarikh yang jelas menunjukkan tarikh lama iaitu pada 2012.

BN Perak Nafi calon PRK K Kangsar terima derma RM500,000

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *