bob-af2.jpg

Bob (AF2) Tubuhkan Pusat Sehenti di Sarawak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Hasrat penyanyi Bob Yusof, 37, mahu membantu pesakit AIDS akhirnya terrealisasi selepas penubuhan sebuah pusat sehenti untuk golongan tersebut yang terletak di negeri kelahirannya, di Kuching, Sarawak.

Memetik laporan Utusan online, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop berkata, idea untuk menubuhkan pusat tersebut timbul sejk setahun lalu ekoran didorong oleh rasa tanggungjawabnya kepada masyarakat dalam membantu golongan yang wajar diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kata bekas peserta Akademi Fantasia (AF2) ini, sejak dilantik sebagai Red Ribbon Celebrity Supporter (RRCS) oleh Yayasan AIDS Malaysia pada 2010, dia sering diberi peluang untuk mendekati pesakit AIDS.

Peluang tersebut dimanfaatkan dengan mengaktifkan diri sebagai sukarelawan bagi sama-sama membantu menghentikan gejala penyakit ini dari peringkat akar umbi.

“Antara projek yang dijalankan secara giat oleh yayasan tersebut Adalah mewujudkan pusat sehenti di seluruh negara sebagai alternatif menyediakan penginapan buat pesakit AIDS atau pembawa virus HIV yang dibuang masyarakat.

“Bagi merealisasikan projek tersebut, kami golongan selebriti yang telah dilantik membantu dari sudut promosi bagi mengumpulkan dana,” jelasnya

Dek jasa dan baktinya itu, baru-baru ini Bob diberi pengiktirafan selaku penerima Anugerah Penyumbang Tetap (Longstanding Contribution Awards) bagi kategori RRCS.

Selain Bob, antara selebriti yang turut sama dilantik menyertai RRCS ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Winnie K dan penulis lirik, Shah Shamshiri.

Bob (AF2) Tubuhkan Pusat Sehenti di Sarawak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *