bhnilai14-o_BHfield_image_listing_featured.var_1581684738.jpg

Bomba, JKKP akan nilai tahap keselamatan bangunan di Taman Desa

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Lumpur akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) bagi menilai tahap keselamatan struktur bangunan yang runtuh di Taman Desa, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata terlalu awal untuk merumuskan keselamatan jangka panjang terhadap pembinaan bangunan terbabit.

“Setakat ini kita perlu bekerjasama dengan JKKP untuk menilai secara keseluruhan… sudah pasti buat masa sekarang ini keadaan Tak selamat.

“Kita juga perlu melakukan penilaian dengan lebih terperinci tempoh masa keadaan yang dikategorikan Tak selamat sebelum arahan selanjutnya dikeluarkan,” katanya pada sidang media di sini.


Suasana di luar tapak pembinaan kejadian bangunan kondominium 37 tingkat runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias


Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. – Foto BERNAMA


Keadaan bangunan kondominium 37 tingkat dalam pembinaan runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias

Sehingga jam 8.15 malam tadi usaha menyelamat seorang lagi mangsa masih terperangkap selepas terjatuh dari runtuhan konkrit di tingkat 6, kondominium yang sedang dibina masih dijalankan.

Seorang lagi mangsa yang diselamatkan pada jam 5.15 petang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Bomba, JKKP akan nilai tahap keselamatan bangunan di Taman Desa

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail