btn-azal.transformed.jpg

BTN perlu guna pendekatan kreatif hadapi pengaruh Daesh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AZALINA (dua dari kanan) menyampaikan Piala Pusingan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebanggaan 2016 kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan BTN, Khalid Aswad Abd Wahab (kiri) sambil diperhatikan Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad (kanan) di Putrajaya, hari ini. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu memperkasa pendekatan silibusnya sesuai dengan cabaran dunia semasa, terutama dengan pengaruh Daesh yang semakin menular di negara ini.

Menteri di JPM, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata walaupun BTN bukan agensi yang berhadapan isu keselamatan negara, namun mereka bertanggungjawab untuk mewujudkan ketahanan minda dalam kalangan rakyat menghadapi anasir negatif.

“Kejadian berkaitan keganasan yang mempengaruhi masyarakat menimbulkan kekhuatiran, justeru BTN perlu mengadakan pendekatan yang lebih kreatif dalam menangani isu ini.

“Saya berharap BTN dapat menjadi benteng kepada negara kita, bukan hanya kepada pegawai kerajaan di peringkat pusat dan negeri tetapi juga berkembang kepada pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kebanyakannya generasi baharu yang bijak pandai, yang mewujudkan cabaran berbeza kepada BTN,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan ‘Selfie MyPatriot 2016’ di sini, hari ini.

BTN perlu guna pendekatan kreatif hadapi pengaruh Daesh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *