WhatsApp_Image_2017-12-07_at_18.36.57.jpeg.transformed.jpg

Budak 12 tahun lemas ketika hendak menjala

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GEMAS: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas terjatuh ke Sungai Gemencheh, Kampung Bangkahulu di sini, petang tadi.

Muhammad Amjad Asyraf Nor Aza dari Kampung Bangkahulu, ke sungai itu bersama empat rakannya untuk menjala ikan, tetapi ketika berjalan di tepi sungai untuk mencari lokasi sesuai, mangsa tergelincir dan jatuh.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Syed Ammar Syed Abbas, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.22 petang dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera serta sembilan anggota.

Katanya, sebaik tiba pada jam 4.33 petang, beberapa anggota turun ke sungai dan mula mencari mangsa.

MANGSA lemas Muhammad Amjad Ashraf.

“Lima minit kemudian, mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjatuh, dalam keadaan Tak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Syed Ammar berkata, keadaan sungai agak deras dan berpusar ketika itu menyebabkan rakan mangsa Tak dapat menyelamatkannya.

Katanya, rakan mangsa kemudian menjerit meminta tolong sebelum didengari penduduk setempat Yang Akhirnya menghubungi bomba.

Budak 12 tahun lemas ketika hendak menjala

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *