bhbudak9-o_BHfield_image_listing_featured.var_1570613895.jpg

Budak jatuh longkang, SAR fokus perangkap sampah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AMPANG: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memberi fokus pencarian sekitar kawasan perangkap sampah bagi mengesan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Permai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mencari Mohamad Danish Supry Antony.

“Pihak berkaitan turut menggunakan peralatan dron membabitkan misi SAR itu.

“Pada masa sama, kita turut membuka sebuah pos kawalan bagi operasi SAR berdekatan sebuah stesen minyak, di Cheras Indah.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa, Mohd Danish Supri Antony, 9 yang dikhuatiri lemas akibat terjatuh longkang di sekitar Pos Kawalan Bomba, Taman Bukit Teratai, Ampang. – Foto Intan Nur Elliana Zakaria

“Ia membolehkan pihak berkaitan memantau secara rapi operasi yang dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak itu dilaporkan dikhuatiri lemas, selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di lokasi berkenaan.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang, menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah ke lokasi itu untuk operasi SAR.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd, dipetik sebagai berkata, mangsa dikatakan bermain bersama beberapa rakan sebelum terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Budak jatuh longkang, SAR fokus perangkap sampah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *