29henlsye.transformed.jpg

Bukan paras rupa jadi sandaran – calon Kiulu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TUARAN: “Saya Tak guna paras rupa untuk memancing undi,”.

Demikian menurut bekas peserta ratu cantik yang juga calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo Anna Henley Rampas.

Juara ratu cantik atau Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri 2007, Jo Anna, 29, menjadi tumpuan sebaik dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Dewan Sri Sulaman, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Wirawati WARISAN itu akan menentang penyandang kerusi DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS) mewakili Barisan Nasional (BN), selain Terence Sinti dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Gaibin Ransoi dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Jo Anna yang berketurunan Dusun campuran British itu mengakui pembabitannya dalam politik Adalah menyambung legasi Pakar keluarganya.

“Datuk (Rampas) sebelah ibu saya Adalah pemimpin masyarakat di Kiulu suatu ketika dulu, manakala bapa saudara saya, Louis Rampas Adalah bekas Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dari BN) di Kiulu, selama tiga penggal.

CALON Barisan Nasional N.11 Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai (kanan) bersalam dengan calon dengan bekas Unduk Ngadau 2017, Jo Anna Sue Henley Rampas dari Parti Warisan N11 Kiulu selepas menyerahkan borang penamaan calon, di Dewan Sri Sulaman, di Tuaran. – Foto Lano Lan

“Ibu saya juga pernah bertanding sebagai calon BN pada tahun 1994. Jadi, mungkin ini antara sebab saya menyertai politik,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, sebentar tadi.

Jo Anna yang lahir di Kota Kinabalu dan dibesarkan oleh neneknya di Kampung Poturidong, Kiulu sehingga berusia sembilan tahun sebelum berpindah ke Penampang dan Kuala Lumpur, berkata jika dipilih sebagai beliau mahu meningkatkan pendapatan penoreh getah serta memperjuangkan isu geran tanah di Kiulu.

“Saya harap orang Tak menilai berdasarkan rupa sehingga dikatakan memancing undi,” katanya.

Sementara itu, Joniston berkata, seseorang wakil rakyat harus dinilai berdasarkan usahanya melalui apa juga tindakan untuk membantu rakyat Tak kira melalui suara, cadangan serta jalan penyelesaian dan bukan kepada paras rupa.

“Sebagai anak jati Kiulu, saya memahami masalah dan keperluan penduduk termasuk saya sendiri yang berasal dari keluarga daif, pernah menoreh getah, menanam padi malah berjalan kaki jauh ke sekolah,” katanya yang akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua.

DUN Kiulu yang letaknya dalam kawasan Parlimen Tuaran mempunyai 12,978 pengundi berdaftar.

Bukan paras rupa jadi sandaran – calon Kiulu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *