1485394859_bursanaik.jpg.transformed.jpg

Bursa Malaysia naik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

HARGA saham di Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pagi ini. – Foto BH

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pagi ini menyusuli prestasi semalaman memberangsangkan di Wall Street selepas Dow Jones Industrial Average, indeks ekuiti penanda aras utama, melepasi paras 20,000 mata buat kali pertama.

Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI pagi ini menokok 2.32 mata kepada 1,686.25, berbanding penutup semalam.

Pada jam 9.01 pagi, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 85 berbanding 41, manakala 1,636 kaunter Tak berubah.

Sebanyak 39,379,900 lot saham bertukar tangan bernilai RM10.034 juta.

Bursa Malaysia naik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *