17Affendi_Buang.transformed.jpg

Cabaran sukar cari bangkai Hawk 108

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ORANG ramai mengaminkan doa selepas menunaikan solat jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Masjid Ibnu Sina hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum (lima dari kanan) dan Affendi Buang (empat dari kanan). – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai pesawat pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengorbankan dua juruterbang dalam nahas di Chukai, Terengganu semalam.

Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Affendi Buang, berkata pasukan mencari yang terdiri daripada TUDM, tentera darat dan Polis Diraja Malaysia masih lagi mencari bangkai pesawat berkenaan di lokasi penemuan kedua-dua Jenazah juruterbang itu namun gagal menemui sebarang petunjuk ketika ini.

“Kawasan hutan dan berpaya itu memang cabaran buat pasukan penyelamat. Malah pemantauan menggunakan helikopter juga sukar mengesan sebarang petanda termasuk kepulan asap atau bekas terbakar,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas urusan pengebumian jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini, tengah hari tadi.

Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 39, terkorban Bila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai semalam.

Jasad mereka ditemui 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan jam 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Afendi berkata siasatan oleh Jawatankuasa Khas mengenai insiden malang itu akan mengambil masa lama jika bukti seperti bangkai pesawat lambat atau sukar dijumpai pasukan mencari. – BERNAMA

Cabaran sukar cari bangkai Hawk 108

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *