khaliednor.transformed.jpg

Cadangan wujud Bank of Johor diteliti – MB

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi menubuhkan bank sendiri yang dinamakan Bank of Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kajian akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk syarat dan peraturan ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita menyambut baik cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar semalam yang bertitah mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri iaitu Bank of Johor.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita akan memperhalusi cadangan ini secara terperinci membabitkan pelbagai perkara termasuk keberkesanannya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Skim Sewa Beli dan Rumah Transit MAIJ di Rumah Pangsa Bandar Seri Alam Jalan Tasek 64 dekat sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika berangkat merasmikan persidangan keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bukit Timbalan, semalam.

Cadangan wujud Bank of Johor diteliti – MB

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *