api20-O_BHfield_image_listing_featured.var_1600588378.jpg

Calon berkempen di pasar

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KOTA KINABALU: Berbaki enam hari lagi untuk berkempen, calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menggunakan peluang terakhir untuk mendekati pengundi.

Di Kota Kinabalu, Pasar Tamu Jalan Gaya menjadi pilihan calon yang bertanding di kerusi berhampiran pusat bandar ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan calon Bebas mula mengunjungi tempat tumpuan itu, sejak jam 9 pagi.

Kit Dahina turut membantu kempen calon WARISAN Likas, Tan Lee Fatt dengan melakukan kempen di Pasar Tamu Jalan Gaya. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Kit Dahina turut membantu kempen calon WARISAN Likas, Tan Lee Fatt dengan melakukan kempen di Pasar Tamu Jalan Gaya. – Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Penasihat DAP, Lim Kit Dahina juga hadir untuk berkempen bagi calon WARISAN kerusi Likas, Tan Lee Fat.

Bagi calon Bebas kerusi Barah-Barah, Ng Chun Sua, minggu terakhir ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendekati seramai mungkin pemilih.

Beliau berkata, maklum balas diterima daripada pengundi begitu baik dan diharap petanda positif itu akan membawa banyak undi Sabtu ini.

“Saya mahu pengundi kenal siapa yang akan mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti dan diharap peluang diberikan kepada saya untuk mendapat mandat.

“Walaupun atas tiket Bebas, saya yakin pengundi akan menilai kemampuan dan sudah jemu dengan politik ‘katak’ yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Bagi calon BN bagi kerusi Likas, Dr Chang Kee Ying, Pasar Tamu Jalan Gaya tempat strategik pada hujung minggu untuk berjumpa pengundi.

Calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying berkempen di Pasar Tamu Jalan Gaya. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Calon BN DUN Likas, Dr Chang Kee Ying berkempen di Pasar Tamu Jalan Gaya. – Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Katanya, pelbagai masalah yang diutarakan orang ramai dan penyelesaian menyeluruh akan dicari Bila mandat diberikan kepada BN.

“Pengundi mahu kenal siapa calon yang akan mewakili mereka dan kehadiran di Pasar Tamu Jalan Gaya ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami bergerak ke lokasi tumpuan ramai untuk berkempen namun prosedur operasi standard (SOP) tetap dipatuhi,” katanya.

Sabtu ini, 1.1 juta pemili di Sabah akan menentukan kepimpinan negeri yang baharu dalam PRN ke-16.

Calon berkempen di pasar

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail