22rempit2.transformed.jpg

Calon SPM antara ditahan merempit

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SERDANG: Seramai 13 individu termasuk seorang remaja perempuan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan menerusi Ops Samseng Jalanan berhampiran susur masuk Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, awal pagi tadi.

Operasi enam jam berakhir jam 6 pagi tadi itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan diketuai Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Superintendan Mustafa Bakri Salleh.

Sebanyak 300 motosikal diperiksa dengan 247 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, lesen tamat tempoh dan ubah suai ekzos kenderaan.

Dua daripada mereka turut dikesan positif dadah hasil saringan air kencing yang dijalankan.

Mustafa Bakri berkata, operasi dilakukan bagi mencegah kemalangan dan lumba haram terutama membabitkan golongan remaja dengan menumpukan kawasan yang menjadi lokasi popular mereka menjalankan aktiviti itu.

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berhampiran susur masuk Plaza Tol UPM, awal pagi tadi. – Foto Ihsan PDRM

“Untuk hapuskan terus gejala rempit ini memang sukar, tetapi sekurang-kurangnya kita cuba tangani masalah dengan menjalankan operasi secara berkala setiap hujung minggu.

“Operasi bukan saja di kawasan Lembah Klang, tetapi juga membabitkan kontinjen lain di kawasan dikenal pasti menjadi lokasi mat rempit berlumba,” katanya selepas operasi tamat, awal pagi tadi.

Operasi turut dibantu 21 pegawai dan anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pihak konsesi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).

Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut manakala motosikal yang disita dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Calon SPM antara ditahan merempit

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *