canemre21sept_1537492753.jpg

Can mohon maaf isu Ronaldo

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ROME: Pemain tengah Juventus, Emre Can memohon maaf susulan kenyataannya “kami bukannya wanita, mari bermain bola sepak” ketika mengulas tindakan pengadil terhadap Cristiano Ronaldo yang dibuang padang pada aksi Liga Juara-Juara menentang Valencia, semalam.

Penyerang Juventus, Ronaldo meninggalkan padang dengan linangan air mata selepas dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya terhadap pertahanan Valencia, Jeison Murillo pada minit ke-29 di gelanggang lawan.

Begitupun, ketiadaan penyerang Portugal itu Tak menghalang juara Itali itu untuk meraih kemenangan 2-0.

Bercakap kepada rangkaian Sukan DAZN, Can, 24, dipetik berkata: “Saya baru mengetahuinya ia (kad merah) Adalah kerana dia menolak (kepala) Murillo. Kami bukannya wanita, mari bermain bola sepak.”

Bekas pemain Liverpool itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan maaf, semalam dan menegaskan kata-katanya Tak bermaksud menghina.

AKSI Emre Can (kiri) dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Valencia, semalam. – Foto Reuters

“Saya mahu mengambil peluang untuk menjelaskan berhubung komen saya selepas perlawanan pada malam semalam. 

“Tindak balas saya selepas memandang rakaman video Cristiano dibuang padang nampaknya menyebabkan kekecohan,” kata pemain kebangsaan Jerman itu dalam laman Twitter. 

“Saya ingin menyatakan bahawa komen-komen yang dibuat Tak pernah difokuskan atau Tak berniat merendahkan wanita, bola sepak wanita atau kesamarataan dalam apa jua bentuk. Semua orang yang mengenali saya tahu bahawa betapa hormatnya saya terhadap wanita, kesamaan dan rasa hormat.

“Niat saya Adalah untuk menyokong rakan sepasukan mengenai keputusan Tak tepat yang boleh menjejaskan permainan kami. Saya sungguh-sungguh meminta maaf jika sebarang komen yang saya buat menimbulkan kemarahan,” katanya. – AFP 

Can mohon maaf isu Ronaldo

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *