1600598787_hqdefault.jpg

Cari petunjuk baharu jejaki Acap

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

GOPENG: Seramai 150 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) hari ini, mencari petunjuk baharu bagi menjejak peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) di sini, tahun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu, berkata Latihan Pengoperasian STORM itu membabitkan anggota dari Selangor, Nusa Pinang dan Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor, pasukan komunikasi dan logistik di peringkat JBPM Perak dan Ibu Pejabat selain dibantu oleh teknikal komunikasi daripada SAPURA, bagi mencari jejak kehilangan Mohammad Ashraf, 30, atau lebih dikenali Acap yang hilang lebih setahun lalu.

Beliau berkata, latihan bermula semalam sehingga 23 September ini oleh pasukan elit gabungan beberapa negeri di Semenanjung itu membabitkan beberapa latihan operasi dan menyelamat termasuk Latihan Pengoperasian SAR ‘Acap Trail’.

“Bagi fasa pertama kita menggerakkan pasukan khas kita ini untuk berjalan lasak membabitkan laluan 25 kilometer mengikut trek yang dilalui oleh Acap.

“Jadi, kita berharap usaha pencarian melalui ‘Acap Trail’ ini dapat membantu mengurangkan keresahan pihak keluarga Acap sendiri,” katanya pada media ketika menyertai Latihan Pengoperasian STORM, JBPM Tahun 2020 Peringkat Zon Utara di Gua Tempurung, hari ini.

Mohd Yunus berkata, meskipun ia bukan satu operasi pencarian secara khusus tetapi ia antara usaha jabatan bagi mengesan sebarang petunjuk baharu kehilangan Acap.

“Sebenarnya kita Tak menutup di sini dan berusaha dengan sebarang petunjuk baharu, jadi (melalui latihan) kita berusaha menjejaki melalui jalan yang dilalui oleh Acap.

Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu.
Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu.

“Dalam tempoh lebih setahun ini kita mengharapkan ada petunjuk baharu, setidak-tidaknya ada kemungkinan Acap ini terjatuh dan tertimbus oleh tanah dalam tempoh lebih setahun ini, dengan faktor cuaca berkemungkinan kita dapat menemui sebarang baju atau kasut atau sebagainya untuk membolehkan kita meneruskan pencarian yang lain,” katanya.

Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu Bila pihak penganjur dan rakannya yang Menciptakan pencarian gagal menemuinya selepas acara tamat pada 2 petang sehari sebelum itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.

Sehingga kini kehilangan masih menjadi misteri berikutan tiada sebarang jejak dan petunjuk yang ditemui.

Berkenaan latihan itu, beliau berkata, latihan itu turut membabitkan sebuah jentera, lori lima tan dan 10 kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, selain latihan pengoperasian Acap Trail, pihaknya juga mengatur gerak latihan operasi dan menyelamat di Gua Tempurung pada keesokan hari dan latihan operasi dan menyelamat di air pada hari seterusnya.

“Kita menguji kemampuan dari semua unit ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan terutama penghujung tahun bagi menghadapi musim tengkujuh yang mungkin mengakibatkan keruntuhan tanah dan sebagainya.

“Jadi, latihan ini akan koordinasi semua peserta atau pasukan elit bantuan daripada negeri lain supaya boleh diatur gerak bagi membantu negeri yang mengalami musibah,” katanya.

Cari petunjuk baharu jejaki Acap

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail