jerung_1534012519.jpg

Cemas saintis diserang jerung gergasi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAGI yang mendambakan filem aksi berkaitan haiwan ganas bersaiz gergasi, tentunya filem The Meg antara yang dinanti.

Diterajui Jason Statham dan Li Bingbing, The Meg bukanlah filem yang terlalu bagus tetapi Tak juga teruk. Dalam kata lain, ia 50/50.

Saat melangkah masuk ke dalam pawagam, dalam kepala masih bermain beberapa babak daripada filem jerung klasik Jaws yang diterbitkan pada 1975. Namun, jangkaan tentunya berlebihan berbanding filem-yang meletakkan jerung sebagai pemangsa sebelum ini.

The Meg bermula dengan aksi ringan Bila karakter Jonas Taylor lakonan Statham menyelamatkan sepasukan saintis yang diketuai Dr Heller (Robert Taylor) daripada serangan jerung gergasi.

Babak awal itu sudah mampu membuatkan adrenalin penonton berkocak seketika.

Kemudian, penonton dibawa ke lima tahun kemudian Bila Jonas terpaksa membantu lagi pasukan yang diketuai Dr Minway Zhang (Winston Chao) dan anaknya, Suyin Zhang (Li Bingbing) menentang jerung purba gergasi itu daripada spesies Megalodon.

Ada beberapa babak yang boleh dikatakan agak perlahan tetapi tidaklah terlalu ketara sehingga membuatkan penonton terlelap. Soal elemen kejutan, tentunya ada babak-babak yang membuatkan jantung penonton berdegup kencang. Babak cemas juga Tak keterlaluan dan Tak juga lemah.

Latar tempatnya juga Tak terlalu banyak kerana hampir separuh durasi filem ini berlatarbelakang lautan dan pantai.

Dari segi lakonan, semua sedia maklum persembahan Statham. Dalam pada melakukan pelbagai aksi, akan diselitkan juga elemen humor. Namun, ada beberapa babak yang nampak tergesa-gesa untuk dihabiskan dan longgar.

Secara keseluruhan, The Meg sesuai ditonton mereka yang menggemari filem bercorak begini.

Cemas saintis diserang jerung gergasi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *