bhsarok10-o_BHfield_image_listing_featured.var_1570712693.jpg

Cemas terkandas di Gunung Sarok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERMAISURI: Sekumpulan 39 pendaki dari Pejabat Kesihatan Pergigian Hulu Terengganu berdepan detik cemas Bila terkandas di atas Gunung Sarok dekat sini, berikutan hujan lebat, petang tadi.

Difahamkan kumpulan berkenaan terdiri daripada sembilan lelaki dan 30 perempuan mula mendaki gunung berkenaan pagi tadi dan dalam perjalanan turun semula pada sebelah petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Penolong Penguasa Bomba Zull Azman Jamaludin, berkata bagaimanapun hujan lebat menyebabkan kumpulan pendaki itu gagal turun Bila paras air di dua daripada tiga jeram naik mendadak berikutan hujan lebat.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan kejadian jam 3.38 petang kemudian mengarahkan 11 pegawai dan anggota dengan satu pacuan empat roda, satu ambulans Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan satu jentera ke lokasi.

“Kedudukan lokasi agak jauh dan pasukan bomba dari BBP Setiu mengambil masa hampir sejam untuk tiba di tempat kejadian.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Setiu menyelamat 39 pendaki yang terkandas di atas Gunung Sarok, Setiu berikutan hujan lebat, petang tadi. – Ihsan Bomba

“Sebaik tiba di situ, tujuh daripada 11 pegawai dan anggota naik ke atas gunung untuk membantu membawa turun mangsa yang terkandas di Jeram Berlumpur berikutan paras air naik sehingga melebihi paras pinggang serta arus deras dan membahayakan.

“Pasukan penyelamat kemudian menggunakan teknik ‘water crossing’ dan kumpulan pendaki itu meredah jeram dengan bantuan tali sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan turun memerlukan pasukan penyelamat dan kumpulan pendaki itu meredah dua jeram yang paras airnya tinggi dan naik mendadak kerana hujan lebat.

“Kita mengambil masa kira-kira sejam untuk menjalankan kerja menyelamat dan operasi tamat jam 6.30 petang,” katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku, namun ada peserta mendaki yang panik kerana kali pertama menempuh pengalaman sedemikian.

Cemas terkandas di Gunung Sarok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *