28conte.transformed.jpg

Chelsea terdesak mahu khidmat Conte

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANTONIO Conte. – Foto Reuters

LONDON: LONDON: Chelsea terkunci dalam persaingan dengan AC Milan untuk mendapatkan khidmat Antonio Conte sebagai pengurus baharu mereka.

Jurulatih berusia 46 tahun itu sudah mengumumkan dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Itali selepas Kejohanan Eropah di Perancis pada musim panas ini berakhir.

Conte sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dengan pemilik kelab terbabit, Roman Abramovich dilihat mahu menjadikannya sebagai pengganti tetap kepada Jose Mourinho.

Spekulasi bahawa Conte akan ke Stamford Bridge meningkat Bila dia didakwa sudah mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris.

Tetapi AC Milan kini sudah menyertai perebutan untuk menandatangani Conte. – AGENSI

Chelsea terdesak mahu khidmat Conte

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *