01xi.transformed.jpg

China tegas pertahan kedaulatan di Laut China Selatan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PRESIDEN China, Xi Jinping (kanan) semasa mengadakan mesyuarat dua hala di luar dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada acara Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington. – Foto AFP

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, berkata republik itu tegas dalam mempertahankan kedaulatannya di Laut China Selatan, dan percaya perbalahan perlu diselesaikan secara aman oleh semua pihak yang menuntut menerusi rundingan langsung, lapor Xinhua.

Xi berkata, Beijing ‘menghormati dan melindungi kebebasan pelayaran dan penerbangan negara lain yang layak menurut undang-undang antarabangsa’, menurut agensi berita rasmi itu.

Beliau Menciptakan komen itu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada pertemuan sampingan sidang kemuncak nuklear di Washington.

Pada pertemuan sama, Xi menggesa semua pihak melaksanakan resolusi ke atas Korea Utara ‘sepenuhnya dan tegas. – REUTERS

China tegas pertahan kedaulatan di Laut China Selatan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail