kanan07.transformed.jpg

Chiow Chuan terkejut MHC tak sambung kontrak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Lim Chiow Chuan mengesahkan kontraknya selaku penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara Tak disambung semula oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Chiow Chuan berkata, perkara itu sudah dimaklumkan secara rasmi oleh Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal hari ini selepas keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Sabtu lalu.

Mengaku sedikit terkejut dengan keputusan berkenaan, bekas pemain negara itu bagaimanapun menerimanya dengan hati terbuka.

“Pada awalnya memang agak terkejut kerana saya berasakan segala-galanya berjalan dengan baik.

“Tetapi saya berfikiran positif dan menganggap mungkin ada individu yang lebih baik dapat membimbing skuad kebangsaan.

Apapun, terima kasih kepada MHC terutama presiden yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan skuad kebangsaan sepanjang dua tahun ini.

“Saya tak tahu lagi apa perancangan selepas ini. Mungkin saya akan ambil masa untuk berehat seketika,” katanya.

LIM Chiow Chuan (kanan) bersama Stephen Van Huizen (tengah) ketika memantau latihan skuad hoki kebangsaan. – Foto Osman Adnan

Chiow Chuan dilantik selaku penolong jurulatih kepada Stephen Van Huizen bermula Oktober 2015 dan kontraknya tamat secara rasmi September lalu.

Jelas bekas jurulatih skuad kebangsaan Singapura itu, dia berpuas hati sepanjang dua tahun berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

“Saya berasakan sepanjang tempoh itu pasukan kebangsaan kita mempamerkan peningkatan yang cukup ketara. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh skuad kebangsaan selepas ini terutamanya untuk menghadapi Piala Dunia tahun depan.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pemain,” katanya.

Chiow Chuan antara watak penting di sebalik prestasi cemerlang skuad negara sepanjang tahun ini bermula dengan muncul juara di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh.

Kemudian gandingannya bersama Van Huizen mengejutkan banyak pihak Bila membantu skuad kebangsaan layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India menerusi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu.

Malaysian Tigers menutup musim gemilang tahun ini dengan muncul naib juara Piala Asia di Dhaka, Bangladesh bulan lalu yang juga pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan di kejohanan itu.

Chiow Chuan terkejut MHC tak sambung kontrak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *