28clever.transformed.jpg

Clever Girl: Peserta tersingkir berpeluang kembali bersaing

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Enam peserta yang masih bersaing dalam program Clever Girl Malaysia siaran TV3.

PETALING JAYA: Seorang daripada lapan peserta Clever Girl Malaysia yang sudah pun tersingkir berpeluang untuk kembali bersaing Bila program berkenaan mengumumkan kejutan penyerapan semula, minggu lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan TV3, semalam, penyerapan berkenaan akan dilakukan berdasarkan undian penonton menerusi laman sosial Twitter.

Penonton boleh mengundi mana-mana peserta yang tersingkir dengan menggunakan hashtag #clevergirlmy diikuti dengan hashtag nama peserta terbabit. Sebagai contoh, #clevergirlmy #Ethel.

Ahad lalu, peserta dari Melaka, Aliana, sekali lagi merebut gelaran juara mingguan manakala Sarah dan Arina pula kurang bernasib baik, seterusnya terpaksa meninggalkan program itu.

Permainan Clever Girl Malaysia ini merangkumi empat segmen utama, iaitu Clever Girl Bersamamu, Clever Girl Malaysia Pusingan Pertama, Clever Girl Malaysia Pusingan Kedua, dan Clever Girl Malaysia Pusingan Akhir.

Dalam segmen Clever Girl Bersamamu, penonton akan dapat menyaksikan rakaman khidmat masyarakat peserta ketika menjalankan aktiviti khidmat sosial masyarakat.

Clever Girl Malaysia bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 di TV3.

Clever Girl: Peserta tersingkir berpeluang kembali bersaing

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *