image281329.jpg

Comelnya Khai…

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Wany Hasrita akui selesa berkawan dengan penyanyi, Khai Bahar namun hubungan mereka Tak lebih daripada rakan sekerja.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia dan Khai kerap diundang menjayakan persembahan bersama membuatkan hubungan mereka jadi baik.

“Saya akui menyenangi sikap Khai. Dia seorang yang baik dan mudah dibawa bercerita. Lagi satu, Khai seorang yang ‘clumsy’ tetapi comel.

“Kalau sekali pandang, Khai nampak pemalu, tetapi kalau sudah lama kenal dia banyak cakap. Paling penting, dia seorang yang menghormati orang lain.

“Malah dia selalu berseloroh dengan memuji saya comel. Bagi saya ia satu pujian. Namun, antara kami Tak ada apa-apa yang istimewa sebaliknya hanya rakan sekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Wany yang juga finalis Anugerah Juara Gita-32 berkata, dia Tak ambil hati dengan cakap-cakap peminat yang inginkan mereka menjadi pasangan kekasih.

“Kalau kami ada persembahan bersama, memang banyak IG Stories yang dimuat naik. Malah, kalau muat naik gambar di IG pun banyak yang komen.

“Bagi saya, ia hanya usikan peminat. Mungkin mereka Senang memandang kami bersama setiap kali buat persembahan. Saya okey saja dan Tak ada masalah. Jauh sekali nak marah atau ambil hati,” katanya.

Ditanya mengenai soal jodoh, menurut Wany terlalu awal untuknya berfikir ke arah itu.

Comelnya Khai…

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *