126talang.transformed.jpg

Contohi budaya kaum Ansar – Zahid

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AHMAD Zahid bersama Zambry mengacau bubur lambuk pada Majlis Berbuka Saum dan Solat Maghrib bersama Pengundi dan Masyarakat Setempat di Masjid Al-Hashimiah, Kampung Talang, Kuala Kangsar, hari ini. – Foto Khairull Azry Bidin

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa masyarakat Islam di negara ini mencontohi budaya masyarakat Madinah khususnya kaum Ansar yang sentiasa mengimarahkan masjid dan berbuat baik kepada musafir.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang diadakan ketika Ramadan boleh menjadi pemangkin kepada usaha mencontohi budaya berkenaan termasuk di luar bulan Saum.

“Tiga perkara yang boleh kita contohi daripada budaya ini ialah menerima kehadiran orang musafir, menjamu mereka berbuka Saum dan mengimarahkan masjid.

“Ketika PRK ini, ramai orang luar yang datang ke sini dan diadakan banyak aktiviti di surau dan masjid, justeru kita berharap budaya Ansar ini dapat diteruskan sepanjang masa dan bukan ketika Ramadan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Al-Mubarak Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Al-Hasimiah, Kampung Talang di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Zahid berkata, fungsi masjid bukan semata-mata untuk bersolat semata-mata tetapi pelbagai aktiviti boleh diadakan termasuk mengimarahkan masjid dengan kehadiran musafir.

Beliau bagaimanapun mengingatkan agar langkah berwaspada juga harus dilakukan kerana ada golongan yang berpura-pura menjadi musafir dan melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri wang kutipan masjid.

Contohi budaya kaum Ansar – Zahid

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *