bh25ktm-o_BHfield_image_listing_featured.var_1579956641.jpg

Coronavirus: Kakitangan KTMB diarah patuh garis panduan KKM

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Semua kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diarah mematuhi garis panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengekang penularan wabak coronavirus 2019-nCoV.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Kamarulzaman Zainal, berkata semua kakitangan khususnya yang bertugas di pintu masuk utama di Johor Bahru, Johor dan Padang Besar, Perlis diwajibkan memakai topeng muka.

Katanya, kakitangan berkenaan juga perlu melakukan hebahan panduan pencegahan wabak kepada penumpang serta bantuan kepada unit saringan dan kuarantin KKM.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Kamarulzaman Zainal. – NSTP/Iqmal Haqim Rosman

“Semua kakitangan yang bertugas di stesen dan di dalam setiap kereta Barah yang beroperasi di kedua-kedua pintu masuk utama negara itu diarah mematuhi aspek-aspek kesihatan dan keselamatan.

“Langkah itu diambil serta merta sejurus berita penularan wabak terbabit mula dikesan sedang merebak di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

KTMB mengendalikan lebih 8,000 penumpang di pintu masuk Johor Bahru Sentral setiap hari, menerusi 31 perkhidmatan kereta Barah Shuttle Tebrau antara Johor Bahru dan Woodlands, Singapura.

Lebih 300 penumpang pula menggunakan Stesen Padang Besar untuk menaiki tren seliaan State Railway of Thailand (SRT) sehari.

Kamarulzaman berkata, langkah sama juga turut diambil membabitkan semua kakitangan yang bertugas bagi perkhidmatan kereta Barah kargo yang berulang-alik di antara Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Coronavirus: Kakitangan KTMB diarah patuh garis panduan KKM

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail