wast09.transformed.jpg

Costa Rica rampas tiket ke Russia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SAN JOSE: Tandukan Kendall Waston pada masa kecederaan babak kedua menyelamatkan Costa Rica untuk mengikat Honduras 1-1 sekali gus memastikan tempat automatik ke Piala Dunia di Russia tahun depan.

Honduras seakan mahu menangguhkan hajat Costa Rica untuk ke Russia Bila mendahului permainan menerusi Eddie Hernandez pada minit ke-66.

Bagaimanapun, ketika aksi memasuki minit kelima masa kecederaan babak kedua, Waston bijak menyelitkan dirinya untuk menyambut hantaran lintang Bryan Ruiz sekali gus menghadirkan keceriaan di Stadium Nasional.

PENJAGA gol Honduras, Donis Escober gagal menampan bola tandukan pemain Costa Rica, Kendall Waston (dua dari kiri) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018. – Foto AFP

Ini bermakna Costa Rica akan beraksi di pusingan akhir buat kali kelima selepas berjaya ke suku akhir pada penampilan di Brazil pada 2014.

Terdahulu pada minit ke-60, Costa Rica memiliki peluang terbaik namun Marcos Urena gagal melakukan penyudah ketika gawang Honduras sudah pun terbuka luas.

Enam minit selepas itu, Romell Quioto melakukan larian dengan cukup baik sebelum melakukan hantaran untuk disudahkan Hernandez.

PENJAGA Costa Rica, Keylor Navas meraikan kejayaan pasukannya layak ke ke Piala Dunia di Russia tahun depan. – Foto AFP

Dengan aksi berbaki satu perlawanan lagi, Costa Rica yang mengumpul 16 mata menyertai Mexico yang sudah pun layak ke Russia sebagai wakil zon Amerika Tengah, Utara dan Caribbean (CONCACAF).

Tiga pasukan dari zon CONCACAF akan layak secara automatik manakala pasukan tangga keempat akan bermain dalam aksi playoff menentang Syria atau pun Australia.

Amerika Syarikat naik ke tangga ketiga dengan 12 mata selepas menewaskan Panama 4-0. – AFP

Costa Rica rampas tiket ke Russia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *