bhppe7-o_BHfield_image_listing_featured.var_1586237715.jpg

COVID-19: Bomba perlu PPE tambahan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memerlukan lebih banyak peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk keperluan anggotanya yang bertugas di barisan hadapan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, ia berikutan ramai anggotanya terbabit dalam program sanitasi awam.

Beliau berkata, sejak 30 Mac lalu, pihaknya sudah melaksanakan hampir 60 program sanitasi awam dan kini masih banyak permintaan daripada agensi kerajaan untuk melaksanakan nyah cemar di kawasan masing-masing.

“Terbaru kami mendapat permintaan daripada Jabatan Penjara yang memohon bantuan melaksanakan operasi nyah cemar di semua penjara.

“Terdapat enam penjara di seluruh negeri ini iaitu di Puncak Borneo, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Justeru katanya, JBPM memerlukan lebih banyak PPE untuk menjamin keselamatan semua anggotanya yang terbabit dalam operasi nyah cemar itu.

Presiden KSSFCA, Datuk Richard Wee Liang Chiat (kanan) menyerahkan PPE kepada Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, hari ini. - NSTP/Mohd Roji Kawi
Presiden KSSFCA, Datuk Richard Wee Liang Chiat (kanan) menyerahkan PPE kepada Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, hari ini. – NSTP/Mohd Roji Kawi

Ling Hii berkata, selain penjara ketika ini pihaknya turut menerima banyak lagi permintaan daripada orang awam khususnya pemilik pasar raya yang memohon bantuan nyah cemar di premis mereka.

“Semalam, kami menerima permintaan pertama untuk operasi nyah cemar di Bintulu Bila pasar raya besar Farley memohon khidmat itu.

“Ia berikutan kebimbangan orang ramai selepas tular di media sosial yang mendakwa seorang yang disahkan positif COVID-19 pernah mengunjungi pasar raya besar berkenaan,” katanya.

Terdahulu Ling Hii menerima sumbangan PPE daripada Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian (KSSFCA) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, di sini.

Sumbangan topeng mulut dan hidung, sarung tangan, sarung kepala, baju hujan serta air mineral itu diserahkan oleh Presiden KSSFCA), Datuk Richard Wee Liang Chiat untuk diagihkan kepada anggota yang terbabit dalam operasi nyah cemar.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Bomba perlu PPE tambahan

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail