BH1TOPENGSABIT-O_BHfield_image_listing_featured.var_1585729004.jpg

COVID-19: BSMM Muallim hasilkan pelindung muka petugas kesihatan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

MUALLIM: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Muallim dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) menghasilkan 2,800 pelindung muka pakai buang untuk petugas hospital dan klinik dekat sini.

Pengerusinya, Mohamed Fais Jamil, 40, berkata pelindung muka yang sudah siap dibekalkan untuk petugas di Hospital Slim River, Hospital Tapah, Hospital Teluk Intan, Klinik Kesihatan Slim River dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Idea menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan kakitangan hospital dan klinik ketika menjalankan pemeriksaan atau rawatan terhadap pesakit COVID-19, datang daripada ibu pejabat BSMM.

“Pada mulanya, ibu pejabat hanya membekalkan 500 pelindung muka, tetapi dengan inisiatif pihak kami, sebanyak 2,800 unit dapat dihasilkan,” katanya ketika ditemui.

Sebahagian Pakar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Muallim dan sukarelawan BSMM dari Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Idris (UPSI) yang menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan hospital dan klinik di Slim River. - Foto ROSMAN SHAMSUDIN.
Sebahagian Pakar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Muallim dan sukarelawan BSMM dari Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Idris (UPSI) yang menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan hospital dan klinik di Slim River. – Foto ROSMAN SHAMSUDIN.

Pelindung muka itu diperbuat daripada plastik tebal yang lembut dan dipotong mengikut ukuran yang ditetapkan serta diletakkan span dan tali.

Ia hanya boleh dipakai sekali sahaja ketika melakukan pemeriksaan atau merawat pesakit dan selepas itu, perlu dibuang.

Mohamed Fais berkata, pihaknya dibantu 20 mahasiswa UPSI yang juga Pakar BSMM di universiti berkenaan, menggunakan peruntukan BSMM dan hasil sumbangan orang ramai.

COVID-19: BSMM Muallim hasilkan pelindung muka petugas kesihatan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail