tutup28-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585384888.jpg

COVID-19: Empat jalan masuk ke Petaling Jaya ditutup

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Petaling Jaya, menutup empat jalan masuk ke sekitar daerah Petaling Jaya, bagi mengatasi masalah individu yang masih ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keliru satu laluan berkenaan Adalah Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya, yang menghubungkan kawasan Sri Petaling melalui Pantai Dalam ke Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya mengambil keputusan menyekat laluan berkenaan bagi mengawal pergerakan bebas penduduk Sri Petaling ke Petaling Jaya serta mengurangkan risiko jangkitan.

“Selepas 11 hari menghadapi PKP, kami mendapati masih ada lagi individu ingkar dan mengambil kesempatan ke atas laluan alternatif bagi mengelakkan ditahan dalam enam sekatan jalan raya (SJR) yang sudah dilaksanakan.

“Justeru, pengguna yang dibenarkan boleh melalui laluan alternatif lain iaitu Lebuhraya Pantai Baru (NPE) atau Jalan Pantai,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selain Jalan Gasing Indah, pihaknya turut melakukan penutupan jalan di kawasan Kota Damansara membabitkan Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9); Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) dan Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB).

Penutupan di Jalan 5/46 Gasing Indah, Petaling Jaya bagi mengawal pergerakan dari Sri Petaling melalui Pantai Dalam ke Petaling Jaya. - Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
Penutupan di Jalan 5/46 Gasing Indah, Petaling Jaya bagi mengawal pergerakan dari Sri Petaling melalui Pantai Dalam ke Petaling Jaya. – Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

“Di Kota Damansara, laluan yang ditutup Adalah sempadan Kota Damansara dan Sungai Buloh dan statistik jangkitan kedua-dua kawasan ini Adalah meruncing dan lencongan dibuat Adalah bagi mengawal pergerakan bebas masyarakat yang masih enggan mematuhi PKP.

“Walau bagaimanapun, laluan ini masih boleh dilalui oleh kenderaan ambulans, bomba, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pasukan polis,” katanya.

Nik Ezanee, berkata empat anggota kawalan ditugaskan mengawal keselamatan di setiap penutupan jalan ini 24 jam sehari.

Katanya, pada masa ini beliau mendapati sebahagian besar masyarakat di daerah Petaling Jaya, sudah mula peka dan bertanggungjawab mematuhi saranan pihak penguatkuasaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Empat jalan masuk ke Petaling Jaya ditutup

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail