bhpasartutup_BHfield_image_listing_featured.var_1585452773.jpg

COVID-19: Ingkar arahan, pasar awam Komples Sri Aman Bayan Lepas diarah tutup

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

GEORGETOWN: Kompleks Sri Aman Bayan Lepas dekat sini, diperintah tutup bermula hari ini sehingga 1April, selepas ingkar terhadap peraturan ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan menutup kompleks pasar awam yang menempatkan 20 gerai jualan itu terpaksa diambil walaupun selepas amaran diberikan, menjadikannya sebagai pasar pertama di negeri ini yang menerima arahan penutupan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Nusa Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang, berkata penutupan kompleks itu diharap menjadi pengajaran kepada peniaga khususnya pengunjung, supaya mematuhi arahan demi kesejahteraan bersama.

Katanya, MBPP akan melakukan pemantauan berterusan selepas kompleks berkenaan beroperasi semula nanti bagi memandang kembali tahap kepatuhan terkini orang awam.

“Begitu juga kompleks dan pasar awam lain dan kini kami sedang mempertimbangkan keputusan bagi mengambil tindakan terhadap beberapa pasar termasuk pasar awam Jelutong.

“Setakat ini keputusan yang dijangka diambil ialah menghentikan operasi gerai penjaja berhampiran pasar berkenaan bermula esok,” katanya kepada media, hari ini.

Pasar awam di Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini, pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Danial Saad
Pasar awam di Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini, pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Danial Saad

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Nusa Pinang, Jagdeep Singh Deo (tiga dari kanan) ketika meninjau penutupan premis oleh Majlis Bandaraya Nusa Pinang (MBPP) di pasar awam Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini. Pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Danial Saad
EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Nusa Pinang, Jagdeep Singh Deo (tiga dari kanan) ketika meninjau penutupan premis oleh Majlis Bandaraya Nusa Pinang (MBPP) di pasar awam Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini. Pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Danial Saad

Terdahulu, Yew turut mengadakan tinjauan penutupan pasar berkenaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Nusa Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud.

Sementara itu, Rozali berkata sikap pengunjung yang berada terlalu lama ketika memilih barangan di pasar, menyebabkan bilangan pengunjung yang menunggu giliran menjadi terlalu ramai.

Namun, tahap kepatuhan peniaga dan orang awam terhadap PKP di bawah MBSP Adalah mencapai tahan 99 peratus.

“Adakalanya kita lihat sehingga 100 orang berbaris bagi menunggu giliran membeli barangan keperluan di pasar dan sudah tiba masanya sikap itu diubah terutama dalam masa kritikal ini.

“Jangan pilih barang lama-lama kerana ini bukan masa untuk bersuka ria, sikap ini perlu diubah pada masa ini,” katanya

Dalam pada masa sama Jagdeep turut memberi amaran tegas kepada peniaga dan orang ramai yang ingkar arahan PKP terutama di pasar awam.

“Jangan main-main dengan arahan ini, daripada tahap 80 peratus, kita sudah mencapai 99 peratus namun kita mahukan 100 peratus tahap kepatuhan,” katanya.

Pembeli membaca notis penutupan premis oleh Majlis Bandaraya Nusa Pinang (MBPP) di pasar awam Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini. Pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Danial Saad
Pembeli membaca notis penutupan premis oleh Majlis Bandaraya Nusa Pinang (MBPP) di pasar awam Kompleks Sri Aman, Paya Terubong di sini. Pasar awam pertama di negeri yang diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup operasinya setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Danial Saad
  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Ingkar arahan, pasar awam Komples Sri Aman Bayan Lepas diarah tutup

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail