flock1-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585746930.jpg

COVID-19: KKM terima 5,000 unit 'Flocked Swab' dari Singapura

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menerima sebanyak 5,000 unit Flocked Swab, Universal Transport Medium (UTM) untuk ujian pengesanan COVID-19.

Flocked Swab itu Di Katakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopalan Menon kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook, kementerian memaklumkan, alat itu akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sebelum diedar kepada klinik dan hospital di seluruh Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. - Foto BERNAMA
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. – Foto BERNAMA

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi hantaran di akaun Facebooknya turut memaklumkan Hospital Kuala Lumpur menerima sumbangan PPE (Peralatan Perlindungan Peribadi) daripada Duta China ke Malaysia, Bai Tian petang tadi.

Ia merangkumi penutup mulut dan hidung N95 sebanyak 10,000 keping dan penutup hidung dan mulut pembedahan sebanyak 50,000 keping, yang juga peralatan pelindung penting kepada anggota perubatan barisan hadapan. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: KKM terima 5,000 unit 'Flocked Swab' dari Singapura

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail