bhjakoa_BHfield_image_listing_featured.var_1586348536.jpg

COVID-19: KPLB agih bakul makanan RM11 juta kepada Orang Asli

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan agihan Bantuan Bakul Makanan dengan peruntukan RM11 juta kepada masyarakat Orang Asli, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyerahkan pelbagai sumbangan, termasuk barangan keperluan bernilai RM100, selain kit kebersihan seperti antiseptik, topeng muka dan sabun ubat.

“Bantuan fasa pertama JAKOA dilaksanakan selama sembilan hari berakhir lusa. Ia membabitkan pengagihan barangan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan Orang Asli seluruh negara dengan peruntukan RM5 juta.

Sebahagian daripada agihan bantuan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada keluarga Orang Asli di seluruh negara.

“Sehingga kini, agihan sudah meliputi 725 kampung yang memberi manfaat kepada 34,567 ketua isu rumah.

“Bantuan fasa kedua bermula lusa dengan menambah jumlah penerima kepada 55,000 ketua isi rumah membabitkan peruntukan sebanyak RM6 juta. Bantuan ini ulangan agihan daripada fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah dan tinggal di kampung lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Abd Latiff berkata, agihan barangan dibuat oleh tok batin dan penghulu setiap kampung mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Pegawai JAKOA turut pantau bagi memastikan bantuan diberikan kepada setiap individu terbabit.

Sebahagian daripada agihan bantuan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada keluarga Orang Asli di seluruh negara.
Sebahagian daripada agihan bantuan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada keluarga Orang Asli di seluruh negara.

Sebahagian daripada agihan bantuan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada keluarga Orang Asli di seluruh negara.
Sebahagian daripada agihan bantuan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada keluarga Orang Asli di seluruh negara.

“KPLB berharap bantuan ini akan membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang turut menyampaikan sumbangan,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: KPLB agih bakul makanan RM11 juta kepada Orang Asli