bhlokasi2-O_BHfield_image_listing_featured.var_1585796772.jpg

COVID-19: Lokasi popular KL selesai jalani sanitasi awam

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan tumpuan orang ramai menempatkan pusat jualan popular di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India, di sini menjalani operasi sanitasi awam pagi ini.

Operasi dilaksanakan secara bersepadu itu, membabitkan kira-kira 30 anggota mewakili beberapa agensi dan syarikat, bermula sekitar jam 8.30 pagi.

Selain penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengawal kelancaran pergerakan lalu lintas, turut terbabit dalam operasi berkenaan, anggota dan petugas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),

polis dan syarikat Alam flora Sdn Bhd.

Operasi bermula dengan sesi taklimat semua petugas, berlangsung di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke dua lokasi utama bagi memulakan kerja sanitasi awam.

Antara kawasan yang menjalani semburan cecair itu termasuk di Pasaraya Sogo, Kompleks Pertama, bangunan kerajaan dan swasta serta hotel di sepanjang Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Masjid India dan Jalan Tun Perak, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta sekitar Jakel Mall.

Tiada premis perniagaan yang dibuka di sekitar Jalan TAR dan Masjid India dengan sebahagian besar restoran juga menutup operasi mereka.

Kerja sanitasi awam di kawasan berkenaan dilakukan bagi membendung kemungkinan penyebaran wabak COVID-19, berikutan kedudukannya yang bersebelahan dengan Menara One City di Jalan Munshi Abdullah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Operasi seumpama ini juga dijangka akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menangani penularan COVID-19 terutama di kawasan tumpuan awam di ibu negara.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan arahan PKPD di Menara City One berkuat kuasa kelmarin Sampai 13 April ini, membabitkan 3,200 penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu.

PKPD di kawasan itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada 17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One.

Tinjauan di sekitar menara itu malam tadi dan pagi ini juga mendapati kawalan ketat oleh pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih dibuat, dengan larangan kepada penghuni untuk keluar masuk secara bebas.

Pekarangan di bahagian bawah menara juga diletakkan dengan pagar kawat berduri dengan satu laluan keluar masuk saja disediakan, sekaligus menyukarkan penghuni untuk bergerak bebas.

BH turut difahamkan, petugas kesihatan masih lagi menjalani saringan kesihatan bagi mengambil sampel semua penghuni untuk ujian COVID-19.

ANGGOTA dan petugas DBKL, Bomba melakukan operasi sanitasi awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini pagi ini bagi membendung penularan COVID-19. - foto ihsan DBKL
ANGGOTA dan petugas DBKL, Bomba melakukan operasi sanitasi awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini pagi ini bagi membendung penularan COVID-19. – foto ihsan DBKL
  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Lokasi popular KL selesai jalani sanitasi awam

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail