1586212341_hqdefault.jpg

COVID-19: Pertambahan satu kes kematian

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Seorang lagi maut akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 62 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata situasi COVID-19 menunjukkan perkembangan baik Bila seramai 236 pesakit pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah 1,241 orang.

“Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) Adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu kes ke-1,265, kes ke-1,266, kes ke-1,267, kes ke-1,404 dan kes ke-2,549).

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10.22 pagi semalam (5 April),” katanya.

Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 3,793 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Pertambahan satu kes kematian

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail